web builder

Berita

SIRI RANDAU KOMUNITI T.I.E MPM RANDAU 1

1 OGOS 2018

Mobirise

Siri Randau Komuniti T.I.E MPM Randau 1
Tarikh: 1hb Ogos 2018
Tempat: Dewan Bina Daulah - Wisma MPM
Moderator: Prof. dato Dr. Hasan Mad

Majlis Perundingan melayu (MPM) menyarankan Agenda Kemakmuran Nasional dilaksanakan bagi mengantikan Agenda Ekonomi Bumiputera.

MPM telahpun mengesyorkan program Transformasi Ekonomi Islam (T.I.E) dilaksanakan dibawah Majlis Halal Malaysia (MHM) yang diterajui oleh Timbalan Perdana Menteri, HDC dan MPM sebagai sekretariat bersama bagi program ini.

Satu Komuniti T.I.E terdiri dari usahawan dan perniaga bumiputera dikalangan kerabat MPM telah diujudkan bagi membincangkan program ini.

Sehubungan dengan itu, Siri Randau Komuniti T.I.E ini diadakan sebagai platform untuk para kerabat berinteraksi dan membina kesepakatan.

Program yang dihadiri seramai 40 orang turut dihadiri oleh Ahli Lembaga penasihat Tan Sri Abu Zahar dan Tan Sri Mohd. Yusuf Nor.  

SIDANG MEJABULAT MPM-MEDIA 2018

15 OGOS 2018


Sidang Mejabulat MPM-MEDIA 2018
Tanah Simpanan Melayu - Kerajaan BN Tak peduli, Kerajaan PH Bagaimana?

Tarikh: Rabu 15HB Ogos 2018
Tempat: Dewan Bina Daulah - Wisma MPM
Moderator: YBhg Tan Sri abu Zahar Nika Ujang, Mantan Yang Dipertua Dewan Negara Parlimen Malaysia merangkap Ahli Lembaga Penasihat MPM

Isu Tanah Simpanan Melayu merupakan isu yang telah sekian lama diperjuangkan namun tidak nampak tanda-tanda penyelesaian.


Mobirise
Mobirise

Sidang Mejabulat MPM-Media 2018 - Tanah Simpanan Melayu: Kerajaan BN tak peduli, Kerajaan PH bagaimana? yang diadakan pada 15hb Ogos 2018 di Wisma MPM merumuskan bahawa:

1. Isu ini dianggap sebagai satu tragedi malang bagi orang Melayu dan Negara.
2. Rasuah dan tiada semangat kebangsaan dan kurang kefahaman tentang undang-undang yang berkaitan dikalangan pentadbir adalah antara punca isu ini tidak ditangani.
3. Tiada "political will" dikalangan pemimpin Kerajaan mahupun pembuat dasar.

Sidang Mejabulat ini turut memutuskan untuk menaiktaraf Jawatankuasa Khas Tanah Simpanan Melayu kepada Sekretariat Tanah Simpanan Melayu @MPM untuk mengangkat isu ini secara berterusan sehingga berhasil.