“Harus difahami bahawa agenda MPM tidak pernah terdapat satu garis perkataan yang mendesak kerajaan untuk ketepikan mereka yang bukan berbangsa Melayu.
Ikon, antara lain menggambarkan seseorang tokoh atau pemimpin yang sudah mencapai suatu tahap yang sungguh hebat dalam bidang dipeloporinya.
Hebat dalam bidang dan kepakarannya yang boleh dijadikan sebagai kayu ukur serta rujukan untuk pemimpin-pemimpin semasa dan masa depan.
Seseorang ikon biasa mempunyai kumpulan pengikut yang ramai yang meminati bidang dan kerjaya beliau.
Pengikut (followers) akan senentiasa mengikuti perkembangan ikon mereka, mendengar pendapat dan adakalanya meniru tingkah laku dan gaya ikon mereka.
MPM penuh yakin program perkongsian maklumat, informasi & fakta yang jelas dan betul berkenaan sebarang isu yang menglibatkan rakyat dan yang berkaitan dengan kehidupan rakyat melalui “followers “ dari kalangan “iconic personalities” yang dibangunkan dalam program Ikon Mahawangsa ini boleh membantu:-
Menggalakkan penyaluran dan tularan informasi yang berintegriti, asal dan asli, bertanggungjawab dan bermaruah.
Membantu rakyat mempunyai maklumat dan informasi yang membolehkan mereka menilai sesuatu isu dan menangkis persepsi negatif dan yang dianggap malicious.
Membina pemikiran rakyat yang lebih rasional dan melihat sesuatu perkara atau isu dengan lebih terbuka