MPM telah dilancarkan pada 27hb Februari 2010 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampong Baru, Kuala Lumpur yang dihadiri oleh 76 NGO Melayu, Islam dan Bumiputera.
Pada tahun ke-empat ditubuhkan MPM mempunyai kerabat lebih 282 NGO utama & ramai Cendekiawan Melayu ternama, dengan lebih 5.0 juta ahli, berperanan sebagai kaukus yang menghimpunkan cendekiawan Melayu.
Sebagai platform terbesar dikalangan NGO & Cendekiawan Melayu, MPM punyai tanggung-jawab membantu memperkukuhkan institusi kepimpinan Melayu; mengekalkan keagungan Agama Islam sebagai agama persekutuan; memertabatkan Bahasa, Budaya & Pendidikan Melayu; mendaulatkan Institusi Raja-Raja Melayu & mempertahankan keluhuran perlembagaan.
Justeru, MPM hendaklah diterima & diperakui oleh semua lapisan & kelompok masyarakat sebagai badan penyambung & pengekalan keagungan warisan Melayu Islam
MPM bertindak berhemah, berbudi & berbahasa, berlandaskan nilai-nilai suci agama islam & kemurnian budaya melayu . MPM menegur dengan bahasa berlapek dengan cara bersantun. MPM hormati semua pihak sekalipun berbeza fahaman atau ideologi. pun begitu MPM tegas, berani & berintegriti dalam tindak-tanduknya. MPM bukan sekadar memperjuangkan agenda Melayu Islam di arena domestik, lebih jauh dari itu MPM komited menjadikan Melayu Islam sebagai rumpun bangsa bertamadun yang dihormati & dikenali di merata dunia setanding dengan lain-lain rumpun bangsa yang ulung.
MPM telah diperbadankan pada 30 Ogos 2016. Sebagai sebuah organisasi berdaftar yang berteraskan NGO Melayu Islam, MPM terus memainkan peranan sebagai sebuah NGO pada masa yang sama melaksanakan peranan sebagai sebuah organisasi yang diperbadankan.
AGENDA UTAMA:
(1)Penyatuan Melayu
(2)Penguatan Melayu
(3)Pembudayaan Melayu.
TERAS UTAMA AGENDA
(1) Ad-deen & Peradaban Islam
(2) Pemerintahan & Politik
(3) Ekonomi & Kemakmuran
(4) Pendidikan & Bahasa
(5) Keselamatan & Pertahanan
(6) Sosio-Budaya
(7) Governance
(8) Gaya-hidup Sih
Dalam struktur yang baru ini MPM kini mempunyai 20 orang Lembaga Penasihat dan 100 Orang panel perunding. MPM di tadbir oleh Setiausaha Agung/CEO, dibantu oleh Ketua Sekretariat/COO dan Ketua Pegawai Pentadbiran.